Home 2018-01-29T01:33:42+00:00

Semakan Brim 2018

BR1M 2018 Ringankan Beban Rakyat

semakan brim

Panduan semakan brim dan info terkini BR1M untuk rujukan anda. Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah di janji oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2018.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftaran BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018.

Lanjutan tempoh itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri melalui Twitter rasmi beliau pada 4 Januari lalu manakala semakan BRIM 2018 boleh dibuat di portal rasmi eBR1M.

Semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos secara berperingkat. Setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat atau anda boleh buat semakan brim online.

Dianggarkan sebanyak tujuh juta rakyat Malaysia akan menikmati pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan kadar maksimum RM1,200.

Berita Terbaru BR1M

Aplikasi Semakan Brim Diperkenalkan

aplikasi semakan brim

Kini anda boleh buat semakan brim melalui ‘Aplikasi Mudah Alih Semakan BR1M’ yang diperkenalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Aplikasi itu merupakan alternatif terbaik bagi membanteras penyebaran maklumat palsu berkaitan BR1M yang boleh mengelirukan pemohon.
Aplikasi Mudah Alih Semakan BR1M boleh dimuaturun di Play Store untuk platform Android atau App Store untuk iOS.

Melalui aplikasi itu, setiap pemohon BR1M boleh menyemak status penghantaran borang, permohonan BR1M, status bayaran dan status rayuan BR1M sekali gus memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan.

Tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan bantuan itu di seluruh negara.

Orang ramai diminta memastikan bahawa aplikasi yang dimuat turun itu adalah aplikasi tulen yang dibangunkan oleh LHDN.Aplikasi itu membolehkan pemohon membuat semakan penghantaran borang, status bayaran dan rayuan dengan cepat.

Ia hanya memerlukan nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi pemohon