You are here:--80 Peratus Penerima BR1M Terima Bayaran Peringkat Pertama

80 Peratus Penerima BR1M Terima Bayaran Peringkat Pertama

KUBANG PASU: Kira-kira 80 peratus daripada 7.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini menerima bayaran peringkat pertama bantuan itu setakat hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata, pembayaran bantuan itu dibuat kepada penerima yang layak, menerusi akaun bank masing-masing sejak proses bayaran mula dilaksanakan pada 26 Feb lepas.

“Kementerian Kewangan dah selesai salurkan duit pada bank untuk diagihkan kepada penerima akaun… penyaluran ke akaun bank penerima dijangka selesai sepenuhnya pada akhir bulan Mac ini.

“Bagi yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar telah diedarkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah untuk diagihkan kepada penerima… penerima yang menerima BR1M melalui baucar, boleh menunaikan baucar tersebut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Kampung Kuala Kerpan di Jerlun dekat sini pada Sabtu. Turut hadir Ketua Pengarah JPPH Nordin Daharom.

Othman yang juga Anggota Parlimen Jerlun, bagaimanapun berkata bagi penerima yang masih belum menerima bayaran bantuan itu dinasihatkan supaya bersabar kerana proses pembayaran masih berlangsung sehingga 31 Mac ini.

Sementara itu, beliau berkata sekiranya terdapat penerima yang layak, tetapi gagal dalam pembayaran bantuan peringkat pertama itu, mereka diminta berurusan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mengemukakan rayuan yang mula dibuka pada 1 April hingga 31 Mei nanti.

“Bagi rayuan ini, proses pembayaran akan dibuat pada Ogos secara sekali gus,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion untuk bayaran kepada 7.2 juta penerima BR1M 2018, dengan bayaran peringkat kedua pada Jun dan peringkat ketiga pada Ogos depan. — Bernama

2018-03-12T03:05:34+00:00 March 12th, 2018|Categories: BR1M|9 Comments

9 Comments

  1. Siti mariam binti ali March 12, 2018 at 2:17 pm - Reply

    Sy nak bertanya bantuan br1m bila tarikh nye nak masukkan dlm akaun bank BSN kemaman ni dah 12 hari bulan yang lain dah masuk

  2. Siti mariam binti ali March 12, 2018 at 2:19 pm - Reply

    Kasi lah tahu bila tarikh duit br1m masuk akuan plz.

  3. Muhammad syamsuzzaman bin harun March 12, 2018 at 3:38 pm - Reply

    Sy dah lulus tapi xmasuk lagi dalam bank

  4. mohamad asri March 12, 2018 at 4:25 pm - Reply

    mcam apa lgi dok tgu msih dlm proses pe hal pn xtw pdahal dh kemaskini ok ja org lain msuk ja

  5. Seeva Sangaran March 14, 2018 at 7:33 pm - Reply

    Sebelum ini br1m masuk bank pada waktu nya tapi kali ini belum masuk lagi, bila check dah lulus

  6. Rosli bin [email protected] hussain March 15, 2018 at 6:17 pm - Reply

    Kenapa status brim dah lulus tpi duit brim takada pun kat akuan ..dah tak larat ulang alik pergi bank harap pihak yg berkenaan menguruskan urusan duit brim beli pencerahan dan penjelasan tentang status yg dah lulus tpi duit belum masuk dlm akuan.

  7. Algojo March 18, 2018 at 12:56 am - Reply

    sabarlh semua… nk pakai duit untuk pilihanraya sat, tok arab takde yang dermawan tahun ni… jadi kitalah ganti dermawan pulak…

  8. axkaios March 18, 2018 at 1:45 am - Reply

    Banyak mslh pasal brim tahun ni..nmpk sangat krajaan x duit..tp still buat janji..malangnya kerajaan coz tahun ni PRU14..x perlu hide lg, tmbah mrh rakyat ngn isu brim y belum masuk2..kelentong banyak.!!say good bye to govrment..

  9. Nurjannatul ajilah bt harun March 19, 2018 at 1:24 am - Reply

    Sya punya da lulus tapi wang tak masuk lagi dalam akaun . Dulu tak macam ni pon . Why ??

Leave A Comment