You are here:--Bantuan Sara Hidup Nama baru Ganti BR1M

Bantuan Sara Hidup Nama baru Ganti BR1M

Kerajaan akan melunaskan bayaran bagi Bantuan Sara Hidup yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pada 6 Jun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pembayaran bantuan melibatkan anggaran peruntukan RM1.6 bilion itu bakal dinikmati kira-kira 4.1 juta penerima yang layak.

Katanya, kerajaan berharap pemberian bantuan itu dapat membantu rakyat membeli keperluan dan persiapan menyambut Hari Raya nanti.

“Hanya yang berkelayakan sahaja boleh menerima bantuan ini. Pembayaran Bantuan Sara Hidup akan dikreditkan terus ke akaun penerima.

“Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Bantuan Sara Hidup sebagai nama baharu bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Walaupun ia bukan lagi BR1M, namun kerajaan baharu Pakatan Harapan masih meneruskan bantuan yang dirintis Datuk Seri Najib Razak, dengan kadar sama bagi pembayaran fasa kedua.

2018-06-09T12:24:46+00:00 June 9th, 2018|Categories: Info|0 Comments

Leave A Comment