You are here:-, Info-Cadangan Orang Ramai Pada BRIM 2018

Cadangan Orang Ramai Pada BRIM 2018

Berikut adalah cadangan orang ramai berkaitan BRIM 2018 yang dipetik dari laman web Bajet 2018 Perdana Menteri.

CLIFFORD SHUM U-HENG

PENGAGIHAN BR1M

Memandangkan kos sara hidup tidak mungkin menurun dan GST tidak akan dibubarkan, saya mencadangkan agar pengagihan BR1M dibuat setiap bulan bagi golongan rumah tangga. Jika permintaan saya ini sedikit membebankan pihak pengurusan, sekarang-kurangnya pengagihan dibuat setiap 2 bulan. Ini memang akan membantu golongan pendapatan rendah untuk hidup dengan lebih selesa.

SYED SAIFUL AZMI BIN SYED NORDIN

BR1M

Assalamualaikum Dato Seri. Semoga diperhalusi pemberian BR1M bukan sahaja melihat kepada jumlah pendapatan melalui slip gaji malah sumber pendapatan lain pemohon seperti hasil pendapatan dari pertanian. Diharapkan juga menaikkan jumlah pendapatan seisi rumah sebagai syarat untuk menerima BR1M. Sekian terima kasih.

KHAIRUL ANWAR BIN JUNUS

MENINGKATKAN KADAR BR1M, BANTUAN PERSEKOLAHAN & BB1M

Meningkatkan kadar BR1M untuk bujang kepada RM600, Bantuan Persekolahan kepada RM150 dan Baucer Buku kepada RM300 pada tahun 2018 seperti yang dijanjikan dalam Aku Janji Barisan Nasional pada PRU-13 #MenepatiJanjiMembawaHarapan #TATAPBN

MUHAMMAD ISKANDAR BIN MOHAMAD SAFRI

STAF SAMBILAN YG MENGURUSKAN BR1M DINAIKAN PANGKAT JAWATAN TETAP

Assalamualaikum Dato Seri. Saya telah bekerja selama 2 tahun di bahagian BR1M. Saya berjawatan sambilan dan saya harapkan bajet 2018 kali ini ada berita baik untuk kami yg menguruskan BR1M sejak dari tahun 2011 lagi. Kami harapkan kami dinaikan jawatan tetap dan selepas ini tiada lagi staf sambilan yg menguruskan BR1M. Mengikut kehendak rakyat Malaysia, BR1M diperlukan setiap tahun. Oleh itu, kami sebagai staf BR1M amat diperlukan utk menguruskan BR1M. Harap dpt dipertimbangkan idea saya ini.

ALIF NASRI

BR1M

Assalamualaikum dato seri. Terima kasih kerana memberi BR1M kepada golongan bujang rm450. Tetapi dato seri, dengan jumlah tersebut pada masa kini yang ekonomi negara meningkat bagi golongan bujang tidak mencukupi lagi. Mohon jasa baik dato seri untuk meningkatkan peruntukan BR1M bagi golongan bujang.

MOHAMED AZMI

PENERIMA BRIM YANG LAYAK TIDAK MENDAPAT BR1M DISEBABKAN BERSELISIH DENGAN PEMBERIAN BB1M/KADS1M

Assalammualaikum Datuk Seri. Sekiranya terdapat pemberian BR1M untuk tahun 2018, saya ingin menyatakan masalah yang dihadapi oleh sebilangan rakyat yang layak mendapat BR1M tetapi tidak memperolehinya disebabkan mendapat BB1M/KADS1M disebabkan menyambung pengajian secara separuh masa/PJJ. Oleh itu, diharap pihak kerajaan mengutamakan memberian BR1M kepada rakyat yang layak daripada memberi BB1M/KADS1M kerana nilai BR1M yang lebih tinggi membantu pembelanjaan kos sara hidup mereka.

SITI ROHAYAH OTHMAN

BR1M

Salam Dato’ Seri.. Saya mencadangkan agar pemberian BR1M diberikan hanya kepada warga emas sahaja kerana golongan ini lebih memerlukan kerana kekurangan faktor usia. Sedangkan anak muda sekarang mampu untuk bekerja dan ada juga yang mengambil kesempatan sedangkan mereka ini lebih mampu dari warga emas.

M.THINESH

BR1M

1. Saya berharap agar BR1M dapat dipanjangkan kepada semua OKU berdaftar. 2. Kadar pelepasan cukai yang lebih tinggi supaya meringankan beban GST.

MOHD FAZWAN ZAABAH

BR1M

BR1M ditambahbaik dengan turut diberikan kepada keluarga yang berpendapan RM5000 kebawah

AHMAD HAFIZ

PEKERJA KONTRAK BR1M

BR1M perlu disambung lagi untuk tahun-tahun mendatang. Jesturu itu pertimbangkan semua pekerja kontrak BR1M diserap ke jawatan tetap kerana pengalaman yang dimiliki oleh kami.

VERONICA ROSE A/P VELAGNANI

BR1M DAN PERUMAHAN

DS, tolong naikkan BR1M. Sekarang BR1M diberikan setiap 3 bulan sekali. Tetapi jika diberikan setiap bulan ianya akan memberikan kesenangan kepada kita yang berpendapatan rendah dibawah aRM1700.. Hidup dalam serba kekurangan membebankan kita. Kalau boleh tolong memberikan kemudahan untuk membeli kereta dan rumah dengan meluluskan pinjaman bank utk kami yang berpendapatan rendah. Beri kami peluang untuk memiliki kenderaan sendiri dan rumah sendiri.. terima kasih DS..

ERMY SYAIFUDDIN BIN PASAH

BR1M SECARA KUPON MAKANAN

Harap BR1M diteruskan cuma kaedah pengagihan ditukar ke bentuk kupon yang boleh diterus dengan makanan keperluan seperti beras, minyak, terus di kedai KR1M atau pasaraya terpilih oleh kerajaan.

AMMAR JAIS

BR1M 2.0 MENGIKUT BILANGAN AHLI KELUARGA

Assalamualaikum Datuk Sri Najib Bin Abdul Razak, Saya mencadangkan agar BR1M 2.0 memberikan bantuan mengikut bilangan ahli keluarga jika Suami Isteri tambah RM100 sebulan untuk isteri dan setiap anak RM50 sebulan, sebagai contoh suami isteri yang mempunyai 4 orang anak akan mendapat : 1- RM1,200 BR1M 1.0 2- RM1,200 isteri 3- RM2,400 untuk 4 orang anak Jumlah RM4,800 setahun = RM400 sebulan.

2017-09-18T01:33:31+00:00 September 18th, 2017|Categories: BR1M, Info|2 Comments

2 Comments

  1. Ain ainisha November 30, 2017 at 12:48 pm - Reply

    As’salam…
    Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih diatas keperihatinan kerajaan kepada rakyat. Saya juga ingin mencadangkan Supaya brim di naikkan berikutan kenaikan taraf hidup semakin meningkat….

  2. Mohd Ridhuan Bin Mohd Yusof December 6, 2017 at 10:12 am - Reply

    Macammana jika sebahagian atau sedikit dari bantuan BRIM Diwujudkan dalam bentuk kupon atau kad minyak.Mungkin ini dapat membantu sedikit perbelanjaan minyak untuk dibuat budget untuk ketempat kerja atau kegunaan untuk keluarga, pergi berjalan-jalan bersama keluarga pada hujung minggu dan kegunaan minyak pada hujung bulan sementara menunggu gaji.

Leave A Comment