You are here:-, Info-Jumlah BR1M Untuk Penduduk Bandar Mungkin Ditingkatkan

Jumlah BR1M Untuk Penduduk Bandar Mungkin Ditingkatkan

Jumlah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk masyarakat miskin bandar akan dikaji semula bagi mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup di kota.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, mengakui kos sara hidup di kota ketika ini adalah lebih tinggi berbanding luar bandar, sekali gus mencetuskan ketidakseimbangan dalam peruntukan pemberian BR1M yang sepatutnya dilaksanakan secara saksama dan bersasar.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan terbuka untuk meneliti semula kadar peruntukkan BR1M untuk penerima dalam kalangan masyarakat miskin bandar supaya selaras dengan kadar peningkatan kos sara hidup di kota.

“Insya-Allah kerajaan akan lihat semula, mungkin bantuan kepada masyarakat miskin bandar boleh ditingkatkan sedikit.

“Ini adalah pelan jangka panjang kerajaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing), di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Latiff menimbulkan persoalan mengenai ketidakseimbangan kadar pemberian BR1M untuk penerima di kota yang dihimpit peningkatan kos sara hidup secara mendadak, berbanding penduduk di luar bandar.

Menjawab soalan asal Abdul Latiff mengenai perangkaan penerima BR1M, Othman berkata, kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan RM25.6 bilion untuk tempoh antara 2012 hingga 2017.

“Pada 2018, agihan bantuan akan diberikan kepada lebih 7.2 juta penerima BR1M, membabitkan peruntukan RM6.8 bilion.

“Oleh itu, jumlah keseluruhan pemberian BR1M dari 2012 hingga 2018 adalah RM32.4 bilion,” katanya.

INFO
Statistik peruntukan BR1M

2012 – RM2.09 bilion; 4.18 juta penerima

2013 – RM2.9 bilion, 6.8 juta penerima

2014 – RM3.64 bilion, 6.96 juta penerima

2015 – RM5.35 bilion, 7.44 juta penerima

2016 – RM5.36 bilion, 7.28 juta penerima

2017 – RM6.31 bilion, 7.22 juta penerima

2018-03-07T20:37:41+00:00 March 7th, 2018|Categories: BR1M, Info|6 Comments

6 Comments

  1. LUMUT IJO March 9, 2018 at 2:59 am - Reply

    Terima kasih banyak cekku

  2. Mohd nasrief March 9, 2018 at 5:58 pm - Reply

    Blum msuk ke akaun dh lulus

  3. ajamain bin ganu March 9, 2018 at 9:30 pm - Reply

    Comment…hinga hr ni bila ck balik2 dlm proses mohon pencerahan

  4. nur fatin atiqah binti hashim March 12, 2018 at 1:46 pm - Reply

    dah lulus tapi masih belom masuk akaun bank.. tarikh hantar data ke bank 6hb tapi sekarang dah 12hb

  5. nur fatin atiqah binti hashim March 22, 2018 at 10:32 am - Reply

    apa jadi brim masih tak dapat lagi… tarikh data 19hb sekarang dah 23hb.. bila lagi ni..

  6. Corneltumang May 2, 2018 at 11:56 am - Reply

    apa jadi brim masih tak dapat lagi… tarikh data 19hb sekarang dah 23hb.. bila lagi ni..

Leave A Comment