You are here:--Soalan Lazim Berkaitan Maklumat Waris BR1M

Soalan Lazim Berkaitan Maklumat Waris BR1M

Berikut adalah soalan lazim yang sering ditanya pemohon brim berkaitan maklumat waris BR1M 2018

SOALAN LAZIM (FAQ) MAKLUMAT WARIS BR1M 2018

1. S: Adakah pemohon wajib mengisi maklumat waris semasa Permohonan BR1M 2018?
J: Ya. Semua pemohon BR1M 2018 wajib mengisi maklumat waris.

2. S: Apakah tujuan maklumat waris diisi oleh pemohon BR1M 2018?
J: Tujuan maklumat waris diisi adalah untuk:
i. Menjadi wakil bagi sebarang urusan berkaitan BR1M 2018 jika pemohon mempunyai masalah seperti berikut:
a. masalah kesihatan
b. masalah fizikal (OKU)
c. dipenjarakan
d. bertugas di luar kawasan dan lain-lain; atau
ii. Menjadi waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika penerima BR1M 2018 telah meninggal dunia bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas (tidak termasuk kategori Bujang dan Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tiada tanggungan).

3. S: Siapakah waris yang layak didaftarkan semasa Permohonan BR1M 2018?
J: Waris yang layak didaftarkan semasa pemohonan BR1M 2018 adalah seperti berikut:
i. Ibu
ii. Bapa
iii. Pasangan
iv. Anak
v. Adik-Beradik
vi. Cucu

4. S: Adakah waris yang didaftarkan terhad kepada status Warganegara Malaysia sahaja?
J: Pendaftaran waris tidak terhad kepada status Warganegara Malaysia sahaja. Waris perlu mempunyai hubungan pertalian dengan pemohon seperti syarat yang telah ditetapkan.

5. S: Adakah dokumen pengenalan waris perlu dikemukakan semasa Permohonan BR1M 2018?
J: Semasa pendaftaran waris, pemohon tidak perlu mengemukakan apaapa dokumen pengenalan waris. Hanya perlu pastikan maklumat waris yang didaftarkan adalah tepat dan mempunyai hubungan pertalian yang telah ditetapkan.

6. S: Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi waris?
J: Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada
pemohon BR1M 2018.

7. S: Semasa mengisi Borang Permohonan BR1M 2018, saya membuat pilihan TIADA WARIS, adakah waris atau wakil boleh membuat penunaian bagi pihak saya?
J: Sekiranya pilihan yang dibuat adalah TIADA WARIS, sebarang urusan penunaian dan tuntutan BR1M 2018 adalah tidak dibenarkan.

8. S: Adakah saya masih boleh mengemas kini maklumat waris sekiranya pilihan sebelum ini adalah TIADA WARIS?
J: Boleh. Kemas kini waris hanya boleh dibuat oleh pemohon sahaja di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya pemohon telah meninggal dunia dan pilihan waris yang telah diisi oleh pemohon adalah TIADA WARIS, tindakan kemas kini waris baru dan sebarang tuntutan BR1M 2018 oleh waris / wakil adalah TIDAK DIBENARKAN
kecuali pasangan / tanggungan yang telah didaftarkan di bahagian B (maklumat isi rumah) oleh pemohon semasa permohonan.

9. S: Bolehkah penukaran maklumat waris dibuat?
J: Boleh. Penukaran maklumat waris yang telah didaftarkan boleh dibuat oleh pemohon di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran sekiranya:
i. Waris asal yang didaftarkan telah meninggal dunia; atau
ii. Pertukaran waris atas kehendak pemohon sendiri

2017-12-08T01:01:27+00:00 December 8th, 2017|Categories: Info|4 Comments

4 Comments

  1. Kerjayagraduan December 18, 2017 at 3:13 am - Reply

    Maklumat sangat bagus.

  2. Lokman Hakim January 1, 2018 at 3:05 am - Reply

    Terima kasih share min..berinformasi

  3. Mohd nasrief February 26, 2018 at 6:05 pm - Reply

    Kemas kini fasa 1

  4. Wong Sheau Yan February 27, 2018 at 2:34 am - Reply

    Maklumat saya ada diisi betulkah?

Leave A Comment