You are here:--Maksimum Kadar BR1M 2018 Sebanyak RM1200

Maksimum Kadar BR1M 2018 Sebanyak RM1200

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat diteruskan tahun ini dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200.

Tahun lalu, jumlah agihan BR1M kepada rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dan peserta e-kasih diagihkan kepada RM1,200; isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM900 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bantuan RM450.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Bagi tahun 2018, sebanyak tujuh juta penerima itu akan terus menikmati pemberian BR1M, dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah serta merapatkan jurang pendapatan di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat terus menerima agihan bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup dengan senang hati dan rasa syukur sejak BR1M diperkenalkan pada tahun 2012.

Katanya, BR1M terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Najib berkata, pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif kerajaan menuduh sebagai ‘dedak’ dan ‘umpan’, kini tanpa segan silu membuat pusingan U.

“Dua hari lalu, pembangkang turut mencadangkan BR1M terus dilaksanakan. Khabarnya, Kerajaan Pulau Pinang sendiri akur akan kebenaran program BR1M oleh kerajaan,” katanya.

2017-10-28T02:11:23+00:00 October 28th, 2017|Categories: Info|0 Comments

Leave A Comment