You are here:--MB Sasar Tiada Penerima BR1M Dari Perlis

MB Sasar Tiada Penerima BR1M Dari Perlis

Jumlah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang semakin berkurangan di Perlis menunjukkan usaha kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat berjaya, kata Mentri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata walaupun ada laporan yang diterima mengatakan penerima yang layak tidak mendapat bantuan wang tunai itu kerana keciciran, namun jumlah itu tidaklah besar.

“Mungkin ada yang tercicir tapi ramai sebenarnya yang tidak layak dapat BR1M kali ini adalah kerana pendapatan mereka telah bertambah.

“Ini menunjukkan sesuatu yang positif dan kita berharap satu hari nanti tiada seorang pun penerima BR1M di Perlis,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan BR1M kepada 1,830 penerima yang tidak mempunyai akaun bank di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Menurut beliau seramai 40,799 penerima layak mendapat BR1M di negeri itu pada kali ini berbanding lebih 54,000 sebelum ini.

Dalam pada itu Azlan mengingatkan rakyat agar bijak membuat penilaian dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

“Dulu ada pemimpin pembangkang cakap BR1M itu rasuah untuk beli undi, tapi kini mereka pula masukkan BR1M dalam manifesto mereka,” katanya.

2018-03-26T10:29:23+00:00 March 26th, 2018|Categories: BR1M|0 Comments

Leave A Comment