You are here:-, Permohonan-16 Punca Dan Sebab Permohonan BR1M 2018 Gagal Tidak Lulus

16 Punca Dan Sebab Permohonan BR1M 2018 Gagal Tidak Lulus

Adalah amat penting bagi pemohon baru dan kemaskini pengguna sedia ada yang memohon secara borang manual atau dalam talian memastikan penerima berada dalam kategori yang betul.

Berikut adalah sebab dan punca permohonan BR1M 2018 tidak lulus.

  • Maklumat tanggungan tidak lengkap.
  • Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.
  • Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.\
  • Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).
  • Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).
  • Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.
  • Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.
  • Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.
  • Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Nama pemohon berbeza dengan data JPN.
  • Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
  • Memohon lebih dari satu kali (Suami Dan Isteri Membuat Permohonan Berasingan)
  • Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.
  • Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.
  • Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.
  • Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
2017-12-06T13:19:43+00:00 July 16th, 2017|Categories: BR1M, Permohonan|5 Comments

5 Comments

  1. mohamad rafi bin musa January 8, 2018 at 7:06 pm - Reply

    Sy nak pemohonan dan kemskini brim

  2. mohamad shahrizan January 31, 2018 at 1:18 am - Reply

    saya lama dh tak kemas kini…tapi dalam keluarga tiada perubahan…adakah perlu kemaskini…

  3. hafiz.kem/facebook February 13, 2018 at 1:13 am - Reply

    jika kerajaan yg bijaksana nk bagi brim jangan lah memilih2..bagi sahaja jangan banyak sangat persoalan..baru lah ada keikhlasan dalam pucuk pemimpinan..jika mahu PM di sayangi rakyat..dunia bukan nye kekal pun wahai Perdana Menteri..#hatiygikhlaskeranaAllah

  4. Langit anak empani March 10, 2018 at 7:10 pm - Reply

    Semak satus brm 2018

  5. Azza March 25, 2018 at 12:02 am - Reply

    Status asyik dalam proses jer.nak bagi ke x ni??
    Cakap jer meletup2 tapi habuk pon X de. .
    Menyusahkan rakyat jer

Leave A Comment