You are here:--Rayuan Permohonan BR1M Telah Dibuka

Rayuan Permohonan BR1M Telah Dibuka

Rayuan bagi pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 dibuka hari ini hingga 31 Mei depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata rayuan boleh dikemukakan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

“Kepada yang permohonan BR1M mereka tahun ini tak lulus, anda boleh buat rayuan bermula hari ini 2 April sehingga 31 Mei 2018 di mana-mana cawangan @LHDNMofficial,” katanya menerusi catatan laman Twitter dan Facebook beliau, hari ini.

Najib berkata pemohon juga boleh menyemak status mereka dan mendapatkan maklumat lanjut menerusi portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion untuk bayaran kepada 7.2 juta penerima BR1M 2018, dengan bayaran peringkat pertama bermula pada 26 Februari lalu, peringkat kedua pada Jun dan peringkat ketiga pula pada Ogos depan. – BERNAMA

2018-04-03T06:50:35+00:00 April 3rd, 2018|Categories: BR1M|6 Comments

6 Comments

  1. Haritharan Subramaniam April 8, 2018 at 11:46 am - Reply

    Saya belum dapat br1m lagi tapi status lulus kreditkan dalam bank sampai skrg br1m tak masuk

  2. koh yoke ling April 8, 2018 at 7:35 pm - Reply

    hello tuan /puan
    saya harap awak sihat .
    saya orang bisu yang ibu tunggal adalah anak saya sahaja.saya terima kejut brim 2018 beri tidak lulus kepada saya ke ? apa masalah saya punya? sebab bekas suami saya tidak pernah bayar bagi saya dab anak saya pada masa depan dapat susah hidup saya kena tanggungjawab belanja sekolah ,cari makan ,bil unifi and rumah shj tidak senang nak cari wang macam nak impian utk hidup selamat.walaupun saya sakit jantung and arithrist .kalau saya tiada di sini siapa tolong jaga anak saya macammana?

  3. Yoke ling April 8, 2018 at 7:38 pm - Reply

    harap ebrim utk najib razak tolong bagi saya mesti nahu rayuan ebrim demi anak saya pada masa depan sebab saya orang bisu yang ibu tunggal

  4. Fazilah April 9, 2018 at 2:03 pm - Reply

    Hapuskan rayuan brim mengenai status SSM. Saya bukan buka kilang besar2 berniaga pun ada pasang surut.

  5. sean April 11, 2018 at 11:30 am - Reply

    sial betul buang masa dan duit photostat dokumentasi je. pergi beratur LHDN buat rayuan BR1M isirumah ditolak diberi alasan emak saya bukannya PR sebab emak saya warganegara Malaysia, dengan itu tidak boleh diterima didalam tanggungan anak. Anak bujang tidak berkahwin tidak boleh jaga emak ke? Emak tidak memohon wargaemas, apasalah saya mohon isirumah sebab ada tanggungan ibu. ayah sudah meninggal. rayuan tahun 2017 dapat tahun ini pula lain cerita. Bangang betul punya alasannya. huhuhu… tahun 2018 tidak dapat BERI RASUAH 1 MALAYSIA

  6. PERMALU A/L MARAPPAN April 12, 2018 at 11:25 am - Reply

    Tiada menerima BRIM lagi

Leave A Comment