You are here:--Ubahsuai Kandang Lembu Jadi Rumah

Ubahsuai Kandang Lembu Jadi Rumah

JERTIH, 3 Ogos — Sepasang suami isteri tinggal di sebuah pondok gara-gara tidak mampu membayar sewa rumah.

Pondok yang siap tahun lalu, asalnya sebuah kandang lembu, dibina atas tanah miliknya seluas enam meter panjang dan 4.5 meter lebar,

Ahmad Salleh berkata kandang lembu itu diubah suai dengan menggunakan barang terpakai dan sumbangan jiran, dan turut membabitkan kos RM2,500.

“Saya sudah bosan tinggal di rumah sewa sejak berpuluh tahun lalu dan terpaksa membina pondok sendiri keran tidak mampu untuk membayar sewa setiap bulan.

“Disebabkan tidak mahu menyewa lagi, saya menggunakan simpanan yang ada untuk membina pondok ini,” katanya menetap di Kampung Alur Saji, Bukit Kenak dekat sini.

Tukang rumah itu mengakui menerima bantuan Dana Raya kerajaan negeri dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang digunakan untuk mendirikan pondok kediaman itu.

Mereka hanya menggunakan air perigi yang digali di tepi pondok itu, dan menggunakan lilin pada waktu malam, kata Ahmad lagi.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung maklum masalah pasangan itu dan memohon kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikannya.

2017-08-06T11:29:57+00:00 August 6th, 2017|Categories: Info|0 Comments

Leave A Comment